• Disember 21, 2021
  • 15100

“MAJLIS PENGIKTIRAFAN & PENGHARGAAN JKR SABAH TAHUN 2021”

“MAJLIS PENGIKTIRAFAN & PENGHARGAAN JKR SABAH TAHUN 2021”

KOTA KINABALU, 16 DISEMBER 2021 – JKR Sabah telah mengadakan satu majlis berprestij iaitu Majlis Pengiktirafan & Penghargaan kakitangan JKR Sabah pada tahun 2021 yang bertempat di dewan Sri Kinabatangan Ibu Pejabat JKR Sabah dengan bertemakan “PERKHIDMATAN CEMERLANG INTEGRATI DIJULANG”. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin Timbalan Ketua Menteri 1,Menteri Kerja Raya Sabah, Turut hadir Yg Bhg Datuk Hj Mohd Jasmin Bin Julpin, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah. Majlis ini diadakan setelah mendapat kelulusan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah berikutan kita sudah mencapai Fasa 4 dengan mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan.

Antara ucapan Pengarah JKR sabah, Datuk Hj Ir. Ali Ahmad Bin Hamid ialah perbelanjaan projek-projek pembangunan Negeri Sabah pada tahun 2021 antaranya Projek Mega Pan Borneo, Penyelesaian Masalah Bencana-bencana Alam, Penyenggaraan Jalanraya dan sebagainya.

Sejajar dengan zaman teknologi semasa, rakyat lebih menggunakan medium media sosial Facebook untuk membuat aduan dan sebagainya. Dengan itu JKR sabah telah mewujudkan satu platform laman rasmi Facebook dan laman Web baru JKR Sabah untuk menyalurkan segala maklumat, memperjelaskan isu-isu semasa dan masalah yang dihadapi oleh orang awam berkaitan dengan jabatan ini dan telah Dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin.

Selain itu, Datuk Pengarah JKR juga suka mengingatkan kepada semua kakitangan JKR sabah untuk terus Memperkasakan diri dan sentiasa dalam keadaan bersiapsiaga dalam apa jua cabaran dan ujian pada masa akan datang.

Bagi Pemilihan Penerima Anugerah pada tahun 2020 ini seramai 69 Orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang(APC) dan 162 Orang penerima Employee Of The Year Serta Sijil Penghargaan kepada Pesara-Pesara JKR atas Jasa Perkhidmatan. Syabas dan Tahniah.