• Mei 10, 2022
  • 7072

Mesyuarat Pengurusan Dan Majlis Bersama Jabatan : JKR Kota Belud Dan JKR Tawau 2022

Mesyuarat Pengurusan Dan Majlis Bersama Jabatan : JKR Kota Belud Dan JKR Tawau 2022

TAWAU – Satu Mesyuarat Pengurusan Dan Majlis Bersama Jabatan antara JKR Tawau dan JKR Pantai Barat Utara (Kota Belud & Ranau) telah diadakan pada 10 Mei 2022 bertempat di bilik Mesyuarat Sri Usukan, JKR Tawau.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan bersama oleh Jurutera Bahagian JKR Tawau, Puan Ir. Aishahturizdah Binti Ashgul dan Jurutera Bahagian JKR Kota Belud, Puan Ir. Jamilah Tukang.

Kakitangan yang terlibat ialah Jurutera-Jurutera Daerah di bawah JKR Bahagian terbabit, Penolong-Penolong Jurutera dan Ketua-Ketua Seksyen.

Antara agenda yang telah dibawa dalam mesyuarat tersebut termasuklah isu-isu pengurusan dan perkongsian idea-idea yang boleh membawa manfaat bagi kedua-dua pejabat terbabit.

Mesyuarat diakhiri dengan sesi bertukar cendera kenangan dan bergambar bersama.