• Ogos 8, 2022
  • 3720

Mesyuarat Tapak dan Taklimat Projek Bersama Pemilik Tanah

Mesyuarat Tapak dan Taklimat Projek Bersama Pemilik Tanah

SEMPORNA, 3 OGOS – Jurutera Daerah Semporna, Mohd Fauzi Zikiri telah mempengerusikan Mesyuarat Tapak bagi Projek Naiktaraf Jalan Ungkaraya, Semporna dan seterusnya mengadakan sesi taklimat bersama pemilik tanah yang terlibat dengan pelaksanaan projek tersebut.

Pegawai dari PPHT Daerah Semporna turut hadir bagi menyampaikan taklimat berhubung proses pengambilan tanah.
Beliau berharap agar pelaksanaan projek tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar dan beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pemilik tanah yang terlibat kerana hadir dalam taklimat itu.
Antara yang hadir dari JKR Semporna, Penolong Jurutera, Puan Rozaynah yang dibantu oleh Encik Yassir.