• Ogos 8, 2022
  • 6087

Penyerahan Nota Serah Tugas Kepada Pengarah Kerja Raya Sabah Baharu

Penyerahan Nota Serah Tugas Kepada Pengarah Kerja Raya Sabah Baharu

KOTA KINABALU, 5 OGOS – Penyerahan Nota Serah Tugas di antara Tuan Hj. Arman Bin Abdul Muin kepada Tuan Hj. Kamaludin Bin Ag. Abas selaku Pengarah Kerja Raya Sabah Baharu telah berlangsung di Dewan Sri Lamag, Tingkat 7, Bangunan Kementerian Kerja Raya Sabah.

Acara pada petang itu telah dihadiri oleh Tuan Mohd Hanafiah Bin Mohd Kassim, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah, Tuan Edward Lingkapo TSUT (U), Tuan Hasan Mahali TSUT (M) dan Tuan Mohd Hasim Abd Hamid KPSU (I&P).

Turut hadir dalam acara itu, Timbalan Pengarah Sektor Jeraya, Tuan Philemon Lajawai, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Sumber Manusia, Puan Sarinah Mohamad dan Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pembangunan & Korporat, Tuan Muji Ampau.

SEKALUNG TAHNIAH diucapkan kepada Tuan Hj. Kamaludin Bin Ag. Abas atas pelantikan beliau sebagai Pengarah Kerja Raya Sabah.

Selamat menjalankan tugas.