• September 22, 2022
  • 3693

Pertandingan Keceriaan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Semporna

Pertandingan Keceriaan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Semporna
SEMPORNA, 20 SEP – JKR Daerah Semporna berjaya mendapat tempat kedua bagi kategori jabatan dalam Pertandingan Keceriaan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Semporna Bagi Tahun 2022.
Pegawai Daerah Semporna, Juraimin Hj. Jadil menyampaikan hadiah kemenangan berserta sijil kepada Jurutera Daerah Semporna, Mohd Fauzi Zikiri yang telah dianjurkan oleh Pejabat Daerah Semporna bermula pada 29 Ogos 2022 sehingga 16 September 2022.
Syabas dan tahniah kepada seluruh warga kerja JKR Semporna yang telah bekerjasama dalam memeriahkan dan menceriakan suasana pejabat dengan pemasangan Jalur Gemilang dan bendera negeri yang dilaksanakan secara bergotong-royong.