• September 22, 2022
  • 3620

Mesyuarat Kakitangan JKR Semporna Bil.3/2022

Mesyuarat Kakitangan JKR Semporna Bil.3/2022
SEMPORNA, 20 SEP – Jurutera Daerah Semporna mempengerusikan Mesyuarat Kakitangan JKR Semporna Bil.3/2022 yang dihadiri oleh semua warga kerja JKR Semporna termasuk lima (5) orang pelatih industri.
Beliau turut mengalu-alukan Penolong Jurutera, Puan Jaliha Okasa yang sebelum ini berkhidmat di Cawangan Institut Latihan, Kota Kinabalu telah berpindah ke JKR Semporna.
Selain itu, beliau mengucapkan terima kasih diatas kerjasama dalam penyertaan Pertandingan Keceriaan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Semporna.
Beliau turut berharap agar aktiviti seperti bergotong-royong tersebut dapat meningkatkan lagi semangat kerja berpasukan dan mengukuhkan jalinan kerjasama di kalangan warga kerja JKR Semporna selain dapat memupuk dan menyemarakkan semangat patriotik di tempat kerja.