• Januari 6, 2023
  • 3383

Majlis Serah Tugas Jurutera Bahagian Kawasan Selatan JKR Tawau

Majlis Serah Tugas Jurutera Bahagian Kawasan Selatan JKR Tawau

TAWAU, 04 JAN – Puan Ir. Aishahturizdah Ashgul telah menyerahkan nota serah tugas kepada Tuan Danny Hassan, selaku Jurutera Bahagian Kawasan Selatan (Tawau) yang baharu.

“Saya berazam untuk menerapkan nilai-nilai amanah, akauntabiliti, integrasi dan inovasi dalam setiap kakitangan JKR Tawau. Dalam pada itu, saya akan memperbaiki dan mengemaskini sistem atau pun SOP yang sedia ada di JKR Tawau ke arah yang lebih baik dan efisien,” kata beliau sebaik sahaja selesai sesi penyerahan nota serah tugas yang diadakan di Dewan Silimpopon, JKR Tawau.

Sebelum ini, Tuan Danny Hassan merupakan Penolong Pengarah di Cawangan Lebuhraya, Ibu Pejabat JKR, manakala Puan Ir. Aishahturizdah Ashgul, merupakan Jurutera Bahagian Kawasan Selatan (Tawau) yang dipindahkan ke Cawangan Lebuhraya sebagai Ketua Penolong Pengarah yang baharu.