• Januari 12, 2023
  • 3494

Sesi Taklimat dan Suai Kenal KKRS Berserta Ketua Jabatan / Agensi Bersama YB Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Timbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya

Sesi Taklimat dan Suai Kenal KKRS Berserta Ketua Jabatan / Agensi Bersama YB Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Timbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya

KOTA KINABALU, 12 JAN – Yang Berhormat Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Menteri Kerja Raya Sabah telah melapor diri dengan mengimbas cap jari sebagai simbolik memulakan tugas rasmi di Kementerian Kerja Raya Sabah (KKRS), pagi tadi.

Ketibaan beliau disambut oleh Pembantu – Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah dan Timbalan – Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah.

Sesi berkenaan diadakan di Dewan Sri Kinabalu yang disertai oleh pengarah setiap jabatan dan agensi di bawah Kementerian Kerja Raya Sabah.