• Januari 17, 2023
  • 2586

Taklimat Kajian Pembangunan Ekonomi Sempadan Sabah

Taklimat Kajian Pembangunan Ekonomi Sempadan Sabah

KOTA KINABALU, 16 JAN – Timbalan Pengarah Sektor Jeraya, Tuan Ir. Mohd Safri mempengerusikan Taklimat Kajian Pembangunan Ekonomi Sempadan Sabah yang dihadiri oleh wakil-wakil daripada Forever Sabah dan WWF Malaysia.

Taklimat yang disampaikan oleh pihak WWF Malaysia itu adalah untuk membincangkan kajian dalam membangunkan serta meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan Sabah dan memastikan kawasan itu dibangunkan seperti yang dirancang bagi memberi manfaat terutama dalam sektor ekonomi Sabah.

Antara objektif taklimat kajian itu adalah untuk menaiktaraf dan memperkukuh kemudahan logistik dan infrastruktur, mengenal pasti projek perniagaan, perdagangan dua hala dan rantaian bekalan.

Bukan itu sahaja, projek itu juga menekankan kepada pembangunan modal sosial serta memupuk dan meningkatkan perlindungan alam sekitar.

Antara kawasan tumpuan kajian tersebut adalah, Long Pasia (Sipitang, Malaysia) – Long Nawang (Krayan, Indonesia), Bantul (Pagalungan, Malaysia) – Labang (Indonesia), Serudong (Kalabakan, Malaysia) – Simanggaris (Indonesia) dan Pulau Sebatik (Malaysia) – Pulau Sebatik (Indonesia).