• Mac 13, 2023
  • 1737

Program Team Building JKR Bandaraya

Program Team Building JKR Bandaraya

TONGOD, 10 – 12 MAC – JKR Bandaraya telah mengadakan Program Team Building pada kedua kalinya dan disertai seramai 50 orang kakitangan JKR Bandaraya yang diadakan di Maliau Basin. Program ini berlangsung selama 3 hari dan dikendalikan oleh Fasilitator Reach.

Dalam ucapan Jurutera Bahagian, Tuan Mohd Hardy Laidin, selain bertujuan untuk mengikuti program-program yang telah diatur seperti ini, kedatangan ke Maliau Basin juga menyelitkan Corporate Social Responsibility (CSR) di mana peserta berkesempatan untuk membuat kerja-kerja pembersihan di sekitar Masjid Asmaul Husna yang berdekatan di samping menikmati keindahan alam semula jadi.

Beliau berharap kerjasama yang di bina semasa program pada kali ini akan dapat diterapkan dalam menjalani tugasan harian semasa di pejabat. Sebelum berangkat balik, mereka sempat mengunjungi jambatan Kg Saupi yang telah dibina semasa Tuan Mohd Hardy Laidin menjawat jawatan sebagai Jurutera Daerah Nabawan.

Jambatan Kg Saupi, Nabawan.