• Jun 10, 2023
  • 1034

Mesyuarat Tapak Projek Naiktaraf Jalan Ungkaraya, Semporna

Mesyuarat Tapak Projek Naiktaraf Jalan Ungkaraya, Semporna

SEMPORNA, 9 JUN – Mesyuarat Tapak Projek Naiktaraf Jalan Ungkaraya, Semporna telah diadakan di Pejabat Tapak (Site Office) bagi tujuan pemantauan pelaksanaan projek.

Pelaksanaan projek ini telah mencapai kemajuan fizikal sebanyak 53.63% berbanding yang dijadualkan pada 48.23%. Ini mencatatkan kemajuan kerja fizikal di tapak telah mendahului sebanyak 5.40%.
Pelaksanaan projek ini dijangka siap pada 22 November 2023. Jurutera Daerah JKR Semporna yang mempengerusikan mesyuarat tersebut berharap agar pelaksanaan projek ini dapat berjalan dengan lancar dan dapat disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan.
Turut hadir Penolong Jurutera, Puan Rozaynah, Pembantu Operasi, Tuan Yassir dan Pelatih Industri yang sedang menjalani latihan industri di JKR Semporna. Wakil pihak kontraktor dihadiri oleh Jurutera Tapak, Encik Zainal.