• December 1, 2021
  • 1569

MESYUARAT KECIL ANUGERAH PENGURUSAN KUALITI PEJABAT 2021

MESYUARAT KECIL ANUGERAH PENGURUSAN KUALITI PEJABAT 2021

Oleh : Awang Adjeran

KOTA KINABALU – Cawangan Audit Dalam, Piawaian & Kualiti (ADPK) telah mengadakan Mesyuarat Kecil Anugerah Pengurusan Kualiti Pejabat 2021, pada 9 November 2021.

BINCANG..(tengah)Jumatli Bin Abd. Hamid, mempengerusi mesyuarat

Mesyuarat pada pagi ini telah dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah Cawangan ADPK, Jumatli Bin Abd. Hamid dan dihadiri oleh Penolong Pengarah Cawangan Senggara Bangunan, Ir. Melvin Francis Humoc, Penolong Pengarah Cawangan Sumber Manusia, Puan Fiona Joseph Sandi serta kakitangan yang terlibat dengan pengurusan program ini.

Cawangan ADPK ini telah dilantik sebagai Jawatankuasa Anugerah Pengurusan Kualiti Pejabat bagi tahun 2021. Dalam mesyuarat ini, pengerusi telah membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan program jelajah ini yang mana pengerusi berharap jelajah pada kali ini banyak memberikan manfaat untuk daerah dan diharap boleh menyumbang kepada slogan “Sabah Maju Jaya”.