• December 1, 2021
  • 2466

KARNIVAL SUKAN JKRS, BANDARAYA

KARNIVAL SUKAN JKRS, BANDARAYA

KOTA KINABALU: JKRS Bandaraya telah mengadakan karnival Sukan peringkat bandaraya. Acara sukan Dart yang dipengerusi oleh EE Brenda telah dijalankan sebagai pembukaan tirai pertandingan hari ini.

MELETUP.. Belon meletup terkena tepat mata dart sebagai permulaan sukan karnival

Antara acara sukan yang akan dipertandingkan adalah Karom dan Ping Pong yang masing-masing berlangsung pada 10hb dan 16hb November 2021 akan datang.

Bagi memeriahkan sukan karnival ini pasukan dari Cawangan Mekanikal, Unit Elektrik, Unit Bangunan, Unit Projek dan Unit Stor mengambil bahagian.

Mohd Hardy, Jurutera Bahagian merangkap penasihat karnival sukan berkata, karnival sukan seumpama ini amat baik untuk kesihatan mindah dan badan.

HEBAT.. Salah satu aksi peserta

” sukan pada kali ini adalah merupakan salah satu aktiviti yg menjadi salah satu teras dalam goal setting JBKK selain dari Pengurusan dan kewangan, Keceriaan pejabat, sukan dan rekreasi dan CSR,

MANTAP..Penyertaan yang amat menggalakkan.

“sukan ini juga merupakan masa yang terbaik untuk mengeratkan silaturahim, dapat saling berkenalan dan meningkatkan kerjasama antara kakitangan,” kata Hardy dalam ucapannya.