• April 27, 2022
  • 4417

Solat Isyak & Solat Tarawih Bersama Sheikh Al-Hafiz Mohammad Sharif Mohammad Imrani

Solat Isyak & Solat Tarawih Bersama Sheikh Al-Hafiz Mohammad Sharif Mohammad Imrani

PUTATAN – Pada 14 April 2022, Khamis lalu, telah diadakan Solat Isyak dan Solat Tarawih Bersama Sheikh Al-Hafiz Mohammad Sharif Mohammad Imrani bertempat di Masjid Nur Al-Jannah Kg. Petagas.

Sheikh Al-Hafiz Mohammad Sharif Mohammad Imrani merupakan Imam di Masjid Abbad, iaitu salah sebuah masjid di tanah suci Mekah Al-Mukarramah. Beliau pernah menjadi imam tarawih  di Masjid Al-Fattah dan imam yang mendoakan Negara Malaysia terhindar dari Covid-19 (dalam Bahasa Malaysia).

Turut hadir, Pengarah Kerja Raya Sabah, Datuk Ir. Hj Ali Ahmad bin Hamid serta kakitangan JKR yang lain.