1. Mengenalpasti keutamaan dan mengemukakan cadangan projek kepada Kementerian Kerja Raya untuk disenaraikan dalam Rancangan Malaysia.
  2. Menyediakan perancangan kewangan dan bajet tahunan bagi projek yang telah diluluskan.
  3. Menjalankan kerja ukur dan penyiasatan tanah yang terperinci, merekabentuk dan menyediakan dokumen tender untuk projek yang telah diluluskan.
  4. Memantau, menyelaras dan memberi khidmat nasihat teknikal kepada wakil Pegawai Penguasa bagi projek dalam pembinaan.
  5. Menguruskan kontrak, perbelanjaan dan penyeliaan projek di peringkat ibu pejabat.
  6. Menyediakan laporan kemajuan kepada agensi-agensi Persekutuan dan Negeri yang berkepentingan.