• November 12, 2020
  • 9343

Pertukaran Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah

Pertukaran Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah

Datuk Ir Richard Jomiji Kinsil akan berpindah ke Jabatan Lain. Jabatan Kerja Raya mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Ybhg Datuk Ir Richard atas bakti dan sumbangan yang beliau telah beri kepada Jabatan ini. Berikutan dengan itu. Majlis Serah Tugas Pengarah Kerja Telah diadakan pada 11hb November 2020 untuk mengantikan YBhg Datuk Ir Richard sebagai Pengarah Kerja Raya yang baharu.

Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Kinabalu, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Sabah. Majlis telah berjalan dengan lancar serta mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Telah hadir ke Majlis tersebut adalah Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah, Puan Helena Masry. Mantan Pengarah Kerja Raya Sabah Datuk Ir Richard Jomiji Kinsil. Pengarah Kerja Raya Sabah, Tuan Ir Hj. Ali Ahmad bin Hj Hamid. Pengarah Perkhidmatan Pembentungan Negeri Sabah, Puan Jennieve Peter. Timbalan-timbalan Pengarah Kerja Raya serta Ketua-ketua Penolong Pengarah dari setiap cawangan dan beberapa Pegawai Jabatan Kerja Raya Sabah. Majlis telah bermula pada pukul 2 petang dan berakhir 4.30 minit petang

Majlis penyerahan dimulakan dengan kehadiran kehadiran pegawai-pegawai JKR Sabah diikuti oleh dif-dif kehormat. Majlis kemudian diiringi oleh Nyanyian Negaraku dan Sabah Tanah airku serta Bacaan doa yang di sempurnakan oleh En. Aarol Izmi bin Zamani. 

Merasmikan Majilis tersebut adalah Ybhg. Puan Helena Masry, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya yang mewakili Sertiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya yang tidak dapat hadir pada majlis itu. Dalam ucapan ringkas, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mantan Pengarah atas khidmat yang telah diberi dan sentiasa sukses dimanapun dia berada. Beliau juga mengucapkan tahniah atas lantikan Pengarah Baru dan berharap agar Jabatan Kerja Raya sentiasa maju kehadapan dalam memberi perkhidmatan yang terbaik.  

Majlis diteruskan dengan ucapan dari Datuk Ir Richard Jomiji Kinsil, Mantan Pengarah Kerja Raya Sabah. Dalam ucapan, Beliau telah mengenang kembali tugas-tugas yang pernah dipikul oleh beliau sejak mula berkhidmat di Jabatan Kerja Raya. Dia juga menegaskan dalam bahawa ketika beliau membuat sesuatu tugas di sesebuah tapak pembinaan, beliau sememangnya bersikap tegas kepada diri sendiri dan kepada setiap aspek dalam perkerjaan demi melaksanakan tugas-tugas yang diberikan dengan lebih sempurna. Ia juga bakal menjadi inspirasi kepada seluruh warga JKR Sabah agar sentiasa fokus dan komited dalam melaksanakan tangungjawab sebagai penjawat awam. YBhg Datuk Ir Richard Jomiji Kinsil bakal berpindah ke Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah (UPEN) tidak lama lagi, beliau telah berkhidmat sebagai Pengarah Kerja Raya selama 2 Tahun dan telah banyak menyumbang bakti kepada Jabatan ini. Jasa dan pengorbanan beliau kepada Jabatan ini akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga JKR

Majlis seterusnya diikuti dengan ucapan oleh Tuan Ir Hj Ali Ahmad bin Hj Hamid, Pengarah Kerja Raya Sabah. Dalam ucapan, beliau sangat bebesarhati dan berterima kasih kerana dilantik menjadi Pengarah Kerja Raya dan di sambut baik oleh seluruh warga JKR. Beliau juga mengucapkan terima kasih Khususnya kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kerja Raya dan Kerajan Negeri Sabah kerana telah memberi kepercayaan kepada beliau untuk menanggung kerja sebagai Pengarah Kerja Raya. Beliau juga komited dalam melaksanakan tugas-tugas sebagai Pengarah dan akan memastikan Jabatan Kerja Raya terutamanya kerja-kerja perkhidmatan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan teratur. Beliau juga mengambil berat dalam pembangunan Negeri Sabah agar rakyat sabah dapat menikmati perkhidmatan yang lebih baik. Beliau juga berkata, Sebagai satu-satunya jabatan teknikal di Negeri Sabah dengan misi & visinya “JKR sabah bertekad untuk menjadi sebuah organisasi teknikal yang dihormati dan disegani dalam pembangunan infrastruktur” sudah pasti berazam untuk memastikan apa juga perancangan kerajaan akan dilaksanakan dengan jayanya, berkualiti dan menepati piawaian yang ditetapkan.

Tuan Ir Hj Ali Ahmad Menerima Pelantikan dan Merlapor diri Sebagai Pengarah Kerja Raya Sabah.

Pada 30 Oktober lalu juga. Tuan Ir Hj Ali Ahmad Bin Hj Hamid juga telah hadir ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, PPNS untuk menerima watikah pelantikan beliau sebagai Pengarah Kerja Raya yang Baharu. Bertemu dengan beliau adalah, YB Datuk Sr. Haji Safar bin Untong, Setiausha Kerajaan Negeri Sabah disaksikan oleh YBhg. Datuk Rosmadi Datu Sulai Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah. Pertemuan enam mata tersebut membincangkan pelbagai aspek Khususnya Pembangunan di Negeri Sabah.  

bersalaman ketika menerima tugas mengikut norma baharu
Penyerahan Tugas Mantan Pengarah kepada Pengarah baharu. disaksikan oleh puan Helena Marsy Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya.

Majlis seterusnya disempurnakan dan diakhiri dengan sesi menandatangani buku serah tugas antara Mantan Pengarah Kerja Raya, Datuk Ir Richard Jomiji Kinsil Dengan Pengarah Kerja Raya, Tuan Ir Hj Ali Ahmad bin Hj Hamid dan disaksikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya, Puan Halena Marsy dan Timbalan-timbalan Pengarah serta hadirin yang telah hadir ke majlis tersebut. Ia juga menandakan Bahawa Tuan Ir hj Ali Ahmad secara rasminya Menjadi Pengarah Kerja Raya Yang Baharu. Penghargaan cendera kenangan juga diberikan kepada Y.bhg Datuk Richard atas sumbangan beliau kepada Jabatan ini.

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan Tahniah atas pelantikan Tuan Ir Hj Ali Ahmad bin Hj Hamid atas lantikan beliau sebagai Pengarah Kerja Raya Sabah dan Terima Kasih Datuk Ir Richard Jomiji Kinsil atas bakti dan pengorbanan beliau kepada Jabatan Kerja Raya Sabah. Semoga Sentiasa Maju Jaya.