• Disember 14, 2020
  • 8914

Tahniah!! Kepada Perserta Kursus Transformasi Minda Siri 1/2020

Tahniah!! Kepada Perserta Kursus Transformasi Minda Siri 1/2020

Jabatan Kerja Raya Sabah kerja sama dengan INSAN telah mengadakan Program Transformasi minda secara In-house dan atas talian untuk Penjawat awam di Jabatan Kerja Raya Sabah. Seramai 60 peserta telah menghadiri program itu dengan Jayanya..

sesi bergambar Ketua-ketua Kumpulan Bersama Penyelaras.

Program tersebut dirasmikan oleh Y.Bhg Tuan Ir Hj. Ali Ahmad bin Hamid, Pengarah Kerja Raya Sabah. Nasihat Beliau kepada peserta adalah supaya menghayati serta mengambil ilmu yang di pelajari sepanjang kursus ini. ianya merupakan satu pra syarat dan penting untuk semua kakitangan awam.

Program yang telah berjalan selama 5 Hari ini telah memberi banyak ilmu pengetahuan kepada perserta terutamanya kektika berada dalam Perkhidmatan awam. Antaranya adalah etika ke pejabat, bahayanya rasuah, Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Awam, Budaya Kelas Pertama, Arahan Keselamatan, Integriti dan aktiviti berkerjasama dalam kumpulan.

Peserta PTM Siri 1/2020 juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Penganjur Iaitu Jabatan Kerja Raya Kerana menganjurkan Program Transformasi Minda secara atas talian untuk Kakitangan Jabatan Kerja Raya. Terima kasih tidak terhingga kepada Pengarah Kerja Raya, Tuan Ir Hj Ali Ahmad bin Hamid. Ketua Penolong Pengarah Sumber Manusia Puan Dayang Selha Ibrahim, KPP Institut latihan JKR Puan Evelyn Pius Dan Puan Infazah Qistina binti Irwansyah kerana bertungkus lumus dalam menjayakan Program Ini. Tidak lupa kepada Puan Ilies William Nasifah Liam, INSAN dan Puan Zita Munseh, INSAN Sebagai penyelaras Program Tranformasi Minda. Dan tidak lupa kepada semua Penceramah yang telah memberi tunjuk ajar kepada perserta program.