• Januari 15, 2021
  • 455

JKR AKAN MEMULAKAN KERJA KERJA PEMBAIKAN JALAN DAN JAMBATAN RUNTUH DI PITAS MELALU PERUNTUKAN KECEMASAN : ALI AHMAD

JKR AKAN MEMULAKAN KERJA KERJA PEMBAIKAN JALAN DAN JAMBATAN RUNTUH DI PITAS MELALU PERUNTUKAN KECEMASAN : ALI AHMAD
Oleh : Jaafar Abdul Wahid

PITAS : Jabatan Kerja Raya S(JKR) Sabah akan memulakan kerja-kerja pembaikan jalan yang runtuh termasuk Jambatan di sungai Paparoun Telaga Pitas ekoran kesan dari banjir besar yang berlaku di daerah itu minggu lepas

Pengarahnya Ir Ali Ahmad Hamid berkata kerja kerja pembaikan akan dilaksanakan sesuai dengan keperluan arahan Perbendaharaan AP 55 di bawah peruntukan kecemasan bagi memastikan penduduk kampug yang terjejas dapat berhubung dengan segara.

” Pihak jabatan termasuk jurutera daerah telah pun melakukan lawatan susulan bagi meneliti segala kerosakan yang dialami dan turut menyediakan laporan lengkap dan kita akan membuat anggaran kos perbelanjaan untuk melaksanakan kerja kerja pembaikan dalam tempoh terdekat ini” katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan bagi meninjau jalan dan jambatan yang runtuh di sungai Paparoun Telaga Pitas pada khamis.

Turut serta dalam lawatan tersebut Ahli Dewan Undangan Negeri Bengkoka yang juga Pembantu Menteri Pembanguan Luar Bandar Harun Durabi ,Jurutera Daerah Pitas Dixon Kim,Jurutera Daerah baharu Pitas Hadi Hamzah dan Ketua Penolong Pengarah (KPP) bahagian Jambatan JKR Baharohom KK Sugun dan Jurutera bahagian Kudat Hilmi Hamid.

Menurut Ali Ahmad Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Dato Sri Bung telah dimaklumkan dan diberikan laporan terperinci berhubung dengan kejadian tersebut dan meminta jabatan mengambil tindakan segara untuk membaiki segala kerosakan yang ada bagi membolehkan rakyat yang terjejas dapat berhubung semula until melakukan aktiviti mereka seharian.

Antara jalan yang terputus dalam kejadian banjir tersebut ialah Jalan Suang Duyung-Layak (KM0.25) dan di KM 4.25) iaitu kira kira 50 KM dari Pekan Pitas dan beberapa tempat lain

Ekoran hujan lebat yang berterusan minggu lalu menyebabkan banjir dibeberapa buah daerah di Sabah antaranya Kudat ,Membakut Beaufort dan daerah Pitas merupakan daerah yang amat terkesan dengan kejadian tanah runtuh termasuk sebatang jambatan di Sungai Paparoun Telaga yang menjadi nadi perhubungan utama kampung Telaga untuk ke Pekan Pitas dan lain lain kampung berhampiran dihanyutkan banjir .

Sebanyak 13 buah kampung yang melibatkan lebih kurang 4000 orang penduduk termasuk sebuah Klinik Kesihatan di kampung Telaga dan sekitarnya itu kira kira 18 kilometar ke Pekan Pitas terputus perhubungan apabila jambatan runtuh dihanyutkan banjir.
Sementara itu Ali Ahmad berkata , bagi jalan jalan raya yang runtuh ekoran tanah bukit yang meluncur kerja-kerja pembersihan dan penyeanggaran sedang giat dijalan oleh pihak JKR termasuk jalan jalan dibawah jagaan kontraktor atau syarikat yang mendapat konsisi penyelanggaran jalan.

Dalam perkembangan lain Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Pitas turut mengambil insistiaf untuk menghantar bantuan makanan kepada pendududk yang terjas khusunya di kampung Telaga dan sekitarnya yang terputus hubungan untuk mendapatkan bekalan makanan.

Pengerusinya yang juga Pegawai Daerah Pitas Haji Bakri Nanun ketika dihubungi berkata penghantaran bantuan makanan dihantar kemarin (Jumaat) dengan menggunakan perkhidmatan Helikopter Polis Di Raja Malaysia kontejin Sabah.

” Dengan kerja sama pihak Polis kita akan menghantar bantuan makanan kepada penduduk yang terjejas dengan menggunakan perkhidamatan udara (Helikopter) dan kita berharap keadaan cuaca mengizinkanya” katanya.

Sebanyak empat tempat akan digunakan sebagai lokasi peendarat iaitu Padang Sk Liau,Sk Malubang, SMK Telaga dan Sk Maringgan.


TERPUTUS ..Ali Ahmad bersama rombongan ketika meninjau jalan. terputus di jalan Suang Dayang Layak Pitas.
PACUAN EMPAT RODA..Ali Ahmad bersama rombongan terpaksa menggunakan pacuan empat.roda ke kawasan runtuh kerana keadan dibeberapa tempat masih banjir Dan jalan licin.
TELITI..Ali Ahmad berpayung turun ke dasar sungai Paparoun Telaga Pitas bagi meninjau keadaan sungai tersebut.
TERPUTUS Antara jalan yang terputus ekoran banjir yang berlaku di Pitas.