• Januari 21, 2021
  • 350

Laporan Bencana Alam- Ranau

Laporan Bencana Alam- Ranau

Ekoran tanah runtuh, hanya satu laluan dibuka mulai 21 Januari 2021

RANAU: Lorong kiri dari arah Ranau menuju Kota Kinabalu di Kilometer 20, Jalan Ranau -Tamparuli dekat simpang masuk Taman Negara Kinabalu ditutup sementara untuk semua jenis kenderaan.

Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Ranau, Mac Glen Frederick Lojuman berkata, penutupan laluan terbabit ekoran tanah runtuh yang berlaku di kawasan itu pada Rabu.

“Jajaran jalanraya di KM88 (National Park) Laluan Persekutuan 22 Jalan Kota Kinabalu – Sandakan sepanjang 250 meter akan dibuka hanya sehala sahaja mulai jam3.00 petang 21 Januari 2021”

“Penutupan ini dibuat bagi membolehkan pihak konsesi Lintasan Resources Sdn. Bhd melakukan kerja-kerja pembaikan di tapak runtuhan dan faktor keselamatan para  pengguna jalanraya yang melalui laluan itu,” katanya hari ini.

Menurut Jurutera daerah Ranau, Mac Glen Frederick ”sebagai langkah keselamatan dan kelancaran lalu lintas, laluan sehala tersebut akan sentiasa  dikawal dengan menggunakan ‘Flagman’ sepanjang tempoh pembaikan”

Terdahulu lebih 07.15 pagi, 20 Januari, telah berlaku tanah runtuh di lokasi CH51.400/ KM88.000 (RHS) melibatkan tempat letak kenderaan awam  dekat simpang masuk ke Taman Negara Kinabalu membabitkan kawasan 100 meter lebar, 150 panjang dan 200 meter kedalaman.

Pengguna jalan raya di kawasan itu diharapkan dapat berhati-hati dan peka dengan perubahan ini.

Sumber: https://www.borneodailybulletin.com/ekoran-tanah-runtuh-hanya-satu-laluan-dibuka-mulai-hari-ini-jkr-ranau/