• September 22, 2021
  • 207

SISTEM AUDIO DI DUN SABAH AKAN DINAIK TARAF KEPADA SISTEM AUDIO DIGITAL: PENGARAH JKR

SISTEM AUDIO DI DUN SABAH AKAN DINAIK TARAF KEPADA SISTEM AUDIO DIGITAL: PENGARAH JKR

KOTA KINABALU: Sistem Audio di Dewan Undangan Negeri akan dinaik taraf dari sistem analog kepada sistem digital.

Pengarah Kerja Raya Sabah Ir.Ali Ahmad Hamid berkata, proses naik taraf ini perlu dilaksana selaras dengan perubahan sesama dimana kebanyak dewan dewan persidangan termasuk acara-acara rasmi kerajaan ketika ini mengunakan sistem audio diigital

“ Sudah tiba masanya sistem audio yang sediada yang digunakan sejak tahun 2008 lagi dinaik taraf kepada sistem audio digital bagi mendapatkan kesan suara yang lebih jelas ketika dewan sedang bersidang” katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjuan dipusat Audio kendalian JKR di DUN pagi kemarin.

Untuk rekod pihak JKR ditugaskan menjaga sistem audio semasa DUN bersidang yang melibatkan sekitar 6-8 orang petugas yang bertugas termasuklah membuat rakaman secara langsung semasa DUN bersidang yang dimuat naik di protal media DUN dan YouTube.

Menurut Ir Ali Ahmad pihaknya ketika ini terpaksa menggunakan sistem analog yang sedia ada dengan mengubah suai dan menambah beberapa peralatan digital bagi mempastikan sistem audio tidak terjejas ketika perbahasan sedang berlangsung.

Selain itu katanya kakitangan yang ditugas terpaksa turun naik ke dalam dewan untuk mempastikan sistem audio berfungsi dengan baik sebelum persidangan bermula.

“ Cara ini tidak begitu efektif kerana mengubah suai sistem analog kepada digital secara berperingkat peringkat akan memakan kos yang tinggi bagi membeli peralatan audio digital walaupun peralatan yang dibeli kecil tapi harganya terlalu tinggi, justeru pilihan terbaik kita tukar secara keseluruhanya sistem analog yang ada kepada sistem digital” katanya.

Menurut Ir.Ali Ahmad perkara in telah pun dibincangkan dengan Speaker Datuk Kadzim M Yahya dan bersetuju agar sistem Audio yang sediaada ketika ini dinaik taraf kepada sistem audio digital setanding dengan sistem audio yang terdapat di Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

Bagi tujuan untuk menaiktaraf sistem audio digital ini, Ir Ali Ahmad berkata dianggarkan ianya menelan kos sekitar 3.5 juta untuk menganti sistem yang sediaada kepada sistem audio digital.

“ Pihak kami (JKR) akan mengemukan kertas kerja dan anggaran kos yang diperlukan secepat mungkin kepada Speaker DUN untuk tindakan selanjutnya.

Ir. Ali Ahmad menambah selain itu beberapa cadangan lain dalam kerja-kerja menaik taraf ini termasuklah pemasangan video diigital dan skrin TV yang diletakan di kerusi setiap ADUN untuk kemudahan mereka semasa bersidang. Sumber Borneo Daily Bulletin