• Oktober 1, 2021
  • 326

MAJLIS PERPISAHAN DI CAWANGAN SUMBER MANUSIA JKRS

MAJLIS PERPISAHAN DI CAWANGAN SUMBER MANUSIA JKRS

Oleh Nur Adilah Izzati

KOTA KINABALU, 1 OKT 2021 – Satu majlis perpisahan diadakan di Cawangan Sumber Manusia, Ibu Pejabat, Jabatan Kerja Raya Sabah, hari ini. Majlis ringkas itu untuk meraikan Cik Dayang Zuraini binti Mat Saini, Cik Harovita Vika Jaikol dan Encik Ardonell Justin yang telah tamat Latihan Industri mereka di Jabatan Kerja Raya Sabah.

Turut serta dalam majlis perpisahan itu adalah Encik Sambil bin Kaaling@Aloysius yang akan berpindah ke Cawangan Trafik dan Pengangkutan. Beliau yang telah mula berkhidmat di perkhidmatan awam negeri pada tahun 1991 sempat memberikan ucapan serta nasihat terutamanya kepada pengganti yang akan menggalas tugas beliau di cawangan tersebut.

Selain itu, pelajar-pelajar Latihan Industri tersebut juga berkongsi ulasan serta pengalaman melakukan Latihan Industri di Jabatan Kerja Raya Sabah. Puan Dayang Selha Ibrahim selaku Ketua Penolong Pengarah Cawangan Sumber Manusia menyampaikan cenderamata kepada mereka yang diraikan dalam majlis tersebut.

Bukan itu sahaja, Cik Dayang Zuraini bin Mat Saini turut menyampaikan cenderamata bagi pihak Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, UNIMAS kepada Puan Dayang Selha Ibrahim. Diucapkan selamat bertugas di cawangan baru serta penghargaan yang tidak terhingga kepada Encik Sambil bin Kaaling@Aloysius di atas jasa bakti yang dicurahkan selama ini.

Terima kasih juga diucapkan atas penglibatan dan sumbangan pelajar-pelajar ini sepanjang melakukan Latihan Industri mereka di Jabatan Kerja Raya Sabah. Gunakanlah pengalaman yang telah ditimba dan semoga berjaya dalam setiap apa pun yang dilakukan.