• Oktober 6, 2021
  • 327

Perbincangan Bekalan Bahan Batu

Perbincangan Bekalan Bahan Batu

KOTA KINABALU, 6 OKT 2021 – Satu perbincangan bekalan bahan batu telah diadakan pada 6 Oktober 2021 bertempat di Bilik Mesyuarat Trusmadi, Ibu Pejabat, Jabatan Kerja Raya Sabah yang melibatkan Sektor Lebuhraya Pan Borneo dan Sabah Quarry Owner Association (SQOA) yang diketuai oleh presidennya, Datuk Ringo Wong Chen Khiong.

Perbincangan tersebut telah dihadiri oleh Pengarah Kerja Raya Sabah, Yang Berbahagia Datuk Ir. Hj. Ali Ahmad bin Hamid, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pengawasan & Pemantau, Ketua Penolong Pengarah Teknikal & Kawalan Kualiti, Liaw Vui Phing, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kontrak & Ukur Bahan, Yusri Nordin serta Penolong Pengarah Cawangan Pengawasan & Pemantau, Mohd Dzulkarnain Jame.