• Oktober 14, 2021
  • 2595

Penyampaian Sijil Tamat Latihan Industri, JKRS Kunak

Penyampaian Sijil Tamat Latihan Industri, JKRS Kunak

Oleh Norsiati

JKRS KUNAK, 11 Oktober – Jurutera Daerah Kunak telah mengadakan majlis ringkas Penyampaian Sijil Tamat LI. Matlamat majlis ringkas ini adalah untuk memberi penghargaan kepada Pelajar Latihan Internship (Bachelor of Engineering (Hons)) Cik NurFatin Anisah bt Alias, dari UITM Shah Alam.

SERAH.. En. Mod Ryan Syah memyampaikan hadiah kepada Cik Nurfatiah Anisah diperhatikan oleh JD Syed Abdullah(kiri) dan En. Hasidi Harun(kanan)

Jurutera Daerah Kunak, Syed Abdullah bin Syed Abas telah menyampaikan sijil kepada pelatih industri yang telah memulakan latihan sejak 16 Ogos dan berakhir hari ini.

Majlis ringkas ini telah dianjurkan oleh bahagian pengurusan yang diketuai oleh En.Hasidi Harun dan dibantu oleh 3 orang kakitangan unit Pentadbiran untuk menjayakan majlis ringkas ini.

Menurut JD Kunak, program menerima pelatih industri sentiasa diamalkan, ini bertujuan memberi pendedahan awal tugas-tugas di JD kepada para pelatih industri.
“Kita sentiasa terbuka untuk menerima pelatih industri dan apabila pelatih ini berkesempatan melakukan latihan di sini, saya mengharapkan mereka memberi fokus semua arahan-arahan yang diberikan..” kata JD Kunak.

Secara amnya para pelatih industri sangat berpuas hati dengan layanan dan tugasan selama mereka melakukan latihan. “Saya sangat berbesar hati dan berterima kasih kepada pihak pengurusan JD Kunak atas layanan dan tugasan yang diberikan.
Kakitangan JD Kunak sangat mesra dan sentiasa membantu ” kata Cik NurFatin Anisah yang sempat memberi ucapan.

Turut sama dalam majlis ringkas ini adalah En. Mohd Ryan Syah, Penolong Jurutera unit RM.