• Oktober 18, 2021
  • 3133

Lawatan Kerja Ke Pembinaan Semula dan Menaiktaraf Sekolah Daif Daerah Kota Belud dan Daerah Papar

Lawatan Kerja Ke Pembinaan Semula dan Menaiktaraf Sekolah Daif Daerah Kota Belud dan Daerah Papar

Oleh Nur Adilah Izzanti

PAPAR-KOTA BELUD – Satu Lawatan ke Pembinaan Semula dan Menaiktaraf Sekolah Daif di daerah Papar dan Kota Belud pada 13 dan 14 Oktober 2021. Cawangan Projek Bangunan yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Cawangan Projek Bangunan, Andrew Durat Misun, mengiringi Ir. Ts Wan Mohamed Azhary bin Wan Mansor, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Pengurusan Projek 7 (BPP 7), Cawangan Kerja Pendidikan, Ibu Pejabat, Jabatan Kerja Raya Malaysia.


Turut hadir dalam lawatan itu Jurutera Awam, Tuan Hady Firdaus bin Salsidu dan Penolong Jurutera, Habni Amin bin Yunos dari Cawangan Projek Bangunan.


Lawatan itu melibatkan enam buah sekolah di daerah Papar, iaitu Sekolah Kebangsaan Kogopon, Sekolah Kebangsaan Mandahan, Sekolah Kebangsaan Ulu Lumagar, Sekolah Kebangsaan Pekan Bongawan, Sekolah Kebangsaan Pengalat Besar dan Sekolah Kebangsaan Kaiduan yang diiringi oleh Jurutera Awam Tuan Aarol Izmi bin Zamani (Papar) .


Lima buah sekolah yang terlibat di daerah Kota Belud adalah Sekolah Kebangsaan Tempasuk 2, Sekolah Kebangsaan Sayap, Sekolah Kebangsaan Terintidon, Sekolah Kebangsaan Gensurai dan Sekolah Kebangsaan Pituru.


Dalam siri lawatan itu mendapati kemajuan projek pembinaan tersebut keseluruhannya telah hampir siap.

Lawatan ke daerah Kota Belud yang diiringi oleh Jurutera Bahagian, Puan Ir. Jamilah Tukang (Kota Belud).
Lawatan ke daerah Papar yang diiringi oleh Jurutera Awam, Tuan Aarol Izmi bin Zamani (Papar)


“Ekoran daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan serta bencana banjir yang berlaku menyebabkan projek pembinaan itu mengalami kekangan dari segi penghantaran bekalan perabot dan menyebabkan tempoh pembinaan terpaksa dilanjutkan”, kata Jurutera Bahagian Kota Belud, Ir. Jamilah Tukang selepas sesi taklimat projek pembinaan di Kota Belud.


Pelbagai respon yang baik telah diterima daripada guru besar sekolah-sekolah tersebut berkenaan dengan kemajuan projek pembinaan tersebut. Ir. Ts Wan Mohamed Azhary bin Wan Mansor turut berpuas hati dengan kemajuan projek tersebut dan beliau mengharapkan agar projek pembinaan tersebut dapat disiapkan dalam tahun ini dengan komitmen yang penuh daripada semua pihak.