• Oktober 18, 2021
  • 3529

MAJLIS PERPISAHAN BAGI KAKITANGAN CAWANGAN PERBELANJAAN DAN BAJET YANG TELAH DINAIKKAN PANGKAT DAN BERSARA PADA TAHUN INI 2021

MAJLIS PERPISAHAN BAGI KAKITANGAN CAWANGAN PERBELANJAAN DAN BAJET YANG TELAH DINAIKKAN PANGKAT DAN BERSARA PADA TAHUN INI 2021

Pada 04 Oktober 2021 (Isnin) , Cawangan Perbelanjaan dan Bajet telah mengadakan Majlis Perpisahan bagi tiga kakitangan Perbelanjaan dan Bajet. Pertama yang akan bersara iaitu Encik Denis Jintul , kedua yang akan berpindah ke Jabatan lain kerana dinaikkan pangkat, iaitu Puan Norsofianah dan ketiga iaitu Cik Dayangku Siti Khadijah binti A.K Mohd Kassim yang akan berpindah ke Cawangan lain iaitu ke Cawangan Pan Borneo JKR. Majlis ini dihadiri oleh semua kakitangan Perbelanjaan dan Bajet. Disamping itu juga, dua orang kakitangan baharu yang akan menggantikan Puan Norsofianah binti Mohamad Sapi sebagai Ketua Kerani iaitu Puan Florance Maladan dan seorang lagi sebagai Setiausaha Pejabat dari Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah iaitu Puan Caroline Lidadun.

penyampaian cenderakenangan kepada kakitangan oleh Ketua Penolong Pengarah Cawangan Perbelanjaan & Bajet, Tuan Hj Andy Faizal bin Sahapadin

Majlis dimulakan dengan ucapan kata aluan dari Ketua Cawangan Perbelanjaan dan Bajet iaitu Tuan Hj. Andy Faizal bin Sahapadin. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada kakitangan yang akan bersara dan berpindah ke Jabatan lain dan cawangan lain. Seterusnya sesi bergambar Ketua Cawangan P&B Tuan Hj andy Faizal Bin Sahapadin, Penolong Ketua Caw. P&B Puan Norazian Binti Datu Batul bersama kakitangan yang bersara dan berpindah. Selepas sesi pemberian cendera hati kepada setiap kakitangan yang berpindah dan bersara. Kemudian acara dimulai dengan bacaan doa makan dan sesi jamuan makan.