• Oktober 18, 2021
  • 2885

MAJLIS PERPISAHAN DAN MENERIMA KAKITANGAN BARU CAWANGAN AUDIT DALAM,PIAWAIAN & KUALITI

MAJLIS PERPISAHAN DAN MENERIMA KAKITANGAN BARU CAWANGAN AUDIT DALAM,PIAWAIAN & KUALITI

Oleh Nur Adilah Izzanti

IBU PEJABAT- 18 OKTOBER, Cawangan Audit Dalam,Piawaian & Kualiti telah mengadakan satu majlis perpisahan dan majlis menerima kakitangan baru yang disambut oleh Ketua Penolong Pengarah Cawangan Audit Dalam, Piawaian & Kualiti, Tuan Jumatli Bin Abd Hamid.

Majlis Perpisahan sempena perpindahan En lenord Molison Ke JKR Beluran dan Puan Devina Ibal Ke Pusat Stor Putatan serta seorang pelatih cik Aura yang telah tamat menjalani latihan industri di Cawangan ini, Pada masa yang sama juga Cawangan ini turut menyambut dan menerima kakitangan baru yang di tempatkan di cawangan ini iaitu Puan Noridah Abidin dari JKR Kunak  dan 2 kakitangan dari pada Cawangan Senggara Bangunan iaitu Encik Ishamuddin dan Cik Dayang.

penyampaian sijil penghargaan daripada Ketua Penolong Pengarah Cawangan Audit dalam,Piawaian & Kualiti Tuan Jumatli Bin Abd Hamid kepada Kakitangan

Dalam Majlis ini Ketua Penolong Pengarah Tuan Jumatli Bin Abd Hamid merakamkan jutaan terima kasih kepada kakitangan yang akan berpindah dan mengalu-alukan kedatangan kakitangan baru agar sentiasa sihat dan ceria dalam menjalankan tugas di tempat baru. Beliau juga mengajak dan berharap kepada kakitangan agar sama-sama dapat menggalas tugas-tugas yang di amanahkan.