• Oktober 20, 2021
  • 3036

MAJLIS SANJUNG BUDI LAMBAIAN KASIH SEMPENA PERSARAAN : JKR Putatan

MAJLIS SANJUNG BUDI LAMBAIAN KASIH SEMPENA PERSARAAN : JKR Putatan

Oleh Nur Adilah Izzati

PUTATAN – Majlis Sanjung Budi Lambaian Kasih Sempena Persaraan Encik Jumat bin Moi telah diadakan pada 18 Oktober 2021 bertempat di Cawangan Stor, Putatan.

SAMPAIKAN..Ketua Penguasa Cawangan Stor, Abdul Azis B. Abd. Bool menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Encik Abd. Bakar Olan

Turut hadir dalam majlis tersebut, Ketua Penguasa Cawangan Stor, Abdul Azis b. Abd. Bool serta kakitangan Cawangan Stor.

Majlis perpisahan untuk kakitangan Cawangan Stor yang akan berpindah turut diadakan yang melibatkan Puan Florance Maladan yang berpindah ke Cawangan Perbelanjaan dan Bajet, Encik Abd. Bakar Olan yang berpindah ke Jabatan Kerja Raya Daerah Papar dan Puan Jivili Omok yang berpindah ke Cawangan Projek Bangunan.

Ketua Penguasa Cawangan Stor, Abdul Azis B. Abd. Bool menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Puan Florance Maladan

Encik Jumat bin Moi yang mula berkhidmat pada tahun 1997 dan pernah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2019 sempat memberikan ucapan beliau yang terakhir pada pagi Isnin tersebut. Di samping itu, tayangan montaj turut dimainkan bagi mengenang jasa dan bakti beliau sepanjang berkhidmat di cawangan tersebut.

Ketua Penguasa Cawangan Stor, Abdul Azis B. Abd. Bool menyampaikan cenderamata kepada Encik Jumat bin Moi

Selamat bertugas diucapkan kepada Puan Florance Maladan, Encik Abd. Bakar Olan dan Puan Jivili Omok di cawangan baru. Warga Jabatan Kerja Raya Sabah mengucapkan selamat bersara serta penghargaan terima kasih atas sumbangan dan jasa bakti Encik Jumat bin Moi sepanjang berkhidmat di Jabatan Kerja Raya Sabah. Semoga beliau dikurniakan kesihatan yang berpanjangan bersama keluarga tersayang dan terus maju jaya.