• Oktober 23, 2021
  • 3096

Majlis Sambutan Maulidurasul Peringkat Daerah Kunak

Majlis Sambutan Maulidurasul Peringkat Daerah Kunak

Oleh Norsiati

JKR KUNAK, 23 Oktober-JKR Kunak telah menghadiri majlis sambutan Maulidurasul peringkat daerah bertempat di Dewan Masyarakat Sri Kunak.
Majlis ini disempurnakan oleh YB Datuk Hj.Mohd Arifin b.Hj.Mohd Arif,Menteri Tugas Tugas Khas Negeri Sabah yang dianjurkan oleh JHEAINS dan Urusetia Pejabat Daerah Kunak.

Wakil JD Kunak
Kiri: Fikry (Mekanikal) Norsiati (CC),Rahmatiah (Bangunan),Mardhiah(Akaun),Rafida (PA)dan Rozie( RM)

“Tema sambutan maulidurasul pada tahun ini adalah Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti.Musibah pandemik covid 19 sewajarnya menjadi peringatan besar bagi umat islam untuk kembali menghayati ajaran Islam yang sebenar.Diharapkan dengan azam yang tinggi umat islam dapat menghayati Islam sebagai manhaj hidup rabbani yang diberkati dan seterusnya umat islam memainkan peranan utama dalam membina negara yang aman makmur dan bersatu padu dalam masyarakat majmuk di Sabah khususnya”, kata tuan Majaran Osman, Pegawai Daerah Kunak, semasa ucapan perasmian beliau.

Majlis bermula pada pukul 8.00 pagi ,antara acara yang diadakan adalah persembahan Qasidah,ceramah khas ,persembahan nasyid,marhaban,anugerah tokoh maulidurasul dan pertandingan sepanduk kategori kampung dan jabatan.

Seramai 6 orang kakitangan JKR Kunak mewakili JD Kunak, diketuai oleh Ketua Unit Pengurusan Pentadbiran Puan Norsiati Ahmada (CC) bersama En.Rozie Luyo(RM), En.Mohd Noor Fikry(Mekanikal), cik Rafida Sahran(PA), cik Mardhiah Mohamad(Akaun) dan cik Siti Rahmatiah Jamaludin(Bangunan) menghadiri majlis tersebut.

Urusetia penganjur menetapkan pematuhan sop dan hanya wajib menghantar 6 orang wakil setiap agensi /ptj.

Majlis tamat pada pukul 11.00 pagi dengan iringan selawat nabi beramai ramai dan agihan Bunga Telur sebagai penutup.