• November 11, 2021
  • 3920

Kursus Pembaikan dan Penyelenggaraan Pam Minyak Siri 1/2021

Kursus Pembaikan dan Penyelenggaraan Pam Minyak Siri 1/2021

Oleh Ainih Puriri.

JKR TENOM, 11 NOVEMBER 2021 – Cawangan Stor, Jabatan Kerja Raya Tenom telah menganjurkan Kursus Pembaikan dan Penyelenggaraan Pam Minyak Jabatan Kerja Raya Sabah Siri 1/2021 bagi kawasan Pedalaman Atas dan Pedalaman Bawah.

Matlamat Kursus adalah melahirkan pegawai stor yang berkemahiran dalam pengendalian dan penyelenggaran mesin-mesin di POL serta memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pegawai-pegawai stor untuk memastikan mesin pol dalam keadaan optimum dan dapat memaksimumkan khidmat kepada pelanggan.

BERI TUMPUAN. Peserta sedang memerhati demo pengendalian mesin POL

Taklimat telah disampaikan oleh Encik Ronnie, wakil dari Syarikat Rasma Trading & Co yang merupakan syarikat yangg dilantik bagi menyelenggara mesin pam minyak di Stesen POL JKR.

Turut hadir dalam kursus ini adalah Ketua Penguasa Stor Pusat, Tuan Hj. Abdul Aziz Bool, Puan Zaninah Dari Pusat Stor Putatan, Ketua-Ketua Stor JKR Daerah dengan pembantu masing-masing.