• Disember 21, 2021
  • 11531

Datuk Ir. Ali Ahmad Hamid, terima Watikah Pelantikan Ahli Lembaga Jurutera Malaysia.

Datuk Ir. Ali Ahmad Hamid, terima Watikah Pelantikan Ahli Lembaga Jurutera Malaysia.

KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Y.Bhg. Datuk Ir. Ali Ahmad bin Hamid, menerima Watikah Pelantikan sebagai Ahli Lembaga Jurutera Malaysia.

Perlantikan itu merupakan lantikan kali kedua bagi Sesi 2021/2022

Watikah disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Malaysia, Y.Bhg. Dato Ir. Haji Mohamed Zulkefly Sulaiman dalam majlis yang berlangsung di Kementerian Kerja Raya Malaysia, baru-baru ini

Wagra Jabatan Kerja Raya Sabah mengucapkan tahniah kepada Y.Bhg. Datuk Ir. Ali Ahmad bin Hamid.

Lembaga Jurutera Malaysia atau BEM (Board of Engineers Malaysia) merupakan sebuah badan berkanun.

Badan ini bertujuan untuk menaikan martabat bidang kejuruteraan serta mereka yang terlibat di dalam bidang tersebut.

BEM terletak di bawah pentadbiran Kementerian Kerja Raya Malaysia dan ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Jurutera 1967. [1]. Badan ini ditubuhkan pada tarikh 23 Ogos 1972.

Lembaga ini bertanggungjawab di dalam penyelenggaraan permohonan pendaftaran Jurutera Siswazah dan Jurutera Profesional.

Selain itu, BEM turut berfungsi sebagai penentu serta pengawal tata kelakuan dan kesusilaan bagi mereka yang terlibat di dalam bidang kejuruteraan di Malaysia.