• Disember 21, 2021
  • 10892

HARI PERSARAAN TUAN HAJI HENRY TIMBANGAN (PENOLONG JURUTERA J38)

HARI PERSARAAN TUAN HAJI HENRY TIMBANGAN (PENOLONG JURUTERA J38)

Tawau 30 November 2021 – Majlis  ini merupakan majlis khusus yang diadakan sempena meraikan persaraan  Tuan Haji Henry Bin Timbangan di JKR Tawau. Majlis ini telah diadakan bagi mengenang jasa dan khidmat yang dicurahkan oleh beliau selama lebih kurang 41 tahun bermula tahun 1981. Majlis ini telah dilaksanakan pada  30 november 2021 (Khamis) di Dewan Silimpopon Pejabat JKR Tawau turut sama dihadiri oleh Puan Ir. Aishahturizdah Binti Ashgul selaku Jurutera Bahagian Zon Selatan.

Tuan Haji Henry Timbangan dilahirkan pada tahun 1961 di Kampung Kiulu daerah Tamparuli Sabah. Beliau merupakan Penolong Jurutera di Sektor Jeraya. Beliau telah bertugas selama lebih kurang 41 tahun bermula di JKR Tawau sehingga bersara. Kecemerlangan beliau dalam menjalankan tugas adalah menjadi contoh kepada kakitangan-kakitangan di JKR Tawau dan wajar dijadikan ikutan.

Penyampaian cendera kenangan disampaikan oleh Jurutera Bahagian Tawau bagi memperingati jasa beliau kepada JKR khususnya di daerah Tawau.

Disediakan oleh,
MAZWAN BIN ATTU