• Disember 21, 2021
  • 8615

PROGRAM AKU JANJI DAN IKRAR BEBAS RASUAH BAGI LANTIKAN BAHARU

PROGRAM AKU JANJI DAN IKRAR BEBAS RASUAH BAGI LANTIKAN BAHARU

JKR Tawau 2 Disember 2021 – Program Aku Janji dan Ikrar Bebas Rasuah telah dilaksanakan di JKR Tawau pada khamis yang lalu.

Program ini dilaksanakan khusus kepada kakitangan pelantikan baharu yang terdiri daripada setiap daerah di kawasan zon Selatan iaitu Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu dengan jumlah seramai 23 orang.

Turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai kakitangan dari Ibu Pejabat Kota Kinabalu dan wakil-wakil setiap Jurutera Daerah yang terlibat.

Bacaan Ikrar Aku Janji dan Ikrar Bebas Rasuah diketuai oleh Puan Puteri Natashah Binti Puasan disaksikan oleh Timbalan Pengarah Sektor Khidmat Teknikal Tuan Haji Arman Bin Muin, Timbalan Pengarah Sektor Bangunan Tuan Haji Kamaludin Bin Haji Ag. Abas, serta Ketua Penolong Pengarah Cawangan Sumber Manusia Puan Dayang Selha Binti Ibrahim

Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk memupuk jati diri dan melahirkan sifat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh, amanah, ikhlas, jujur dan berkerjasama dalam melaksanakan tugas. Memberikan kesedaran agar berintegriti dalam memegang sebuah jawatan serta menjaga nama baik jabatan. Menjauhi amalan Rasuah yang memberikan keburukan kepada diri sendiri dan jabatan, serta menerima tugas dari semasa ke semasa.

Selesai bacaan Ikrar Aku Janji dan Ikrar Bebas Rasuah, sesi taklimat kepada pegawai pelantikan baharu yang disampaikan oleh Pegawai-pegawai daripada Cawangan Sumber Manusia JKR Kota Kinabalu. Terdapat tiga slot taklimat yang  disampaikan antaranya slot  Tatatertib dan Integriti, slot perkhidmatan dan slot Rekod Kemudahan dan Pencen.

Disediakan Oleh,
Mazwan Bin Attu