• Disember 21, 2021
  • 14323

TAKLIMAT PELAKSANAAN PENGGUNAAN KAD INDEN PETRON

TAKLIMAT PELAKSANAAN PENGGUNAAN KAD INDEN PETRON

JKR Tawau 1 Disember 2021 – Taklimat berkenaan penggunaan Kad Inden Petron telah dilaksanakan di Dewan Silimpopon Pejabat JKR Tawau pada Rabu lalu. Seramai 80 peserta daripada pelbagai  Kementerian,Jabatan, dan Pejabat daerah turut serta dalam taklimat ini.

Tujuan taklimat ini dilaksanakan adalah untuk  memberikan pendedahan kepada pegawai kenderaan berkenaan pelaksanaan pembekalan bahan api daripada syarikat swasta bagi kenderaan ringan melalui penggunaan Kad Inden bahan api untuk menggantikan pembekalan bahan api yang disenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi semua Kementerian,Jabatan,Pejabat daerah di seluruh Negeri Sabah.

Taklimat bermula dengan ucapan dan penerangan serba sedikit berkenaan pelaksanaan penggantian pembekalan bahan api kepada Kad Inden oleh Timbalan Pengarah Sektor Bangunan Tuan Haji Kamaludin Bin Haji Ag Abas kemudian dijelaskan kaedah permohonan dan penggunaan Kad Inden oleh wakil syarikat Petron.

Disediakan Oleh,
Mazwan Bin Attu