• April 11, 2022
  • 4467

Jelajah Ramadhan JKR Sabah : JKR Kota Marudu

Jelajah Ramadhan JKR Sabah : JKR Kota Marudu

KOTA MARUDU – Program Jelajah Ramadhan JKR Sabah diteruskan lagi ke JKR Kota Marudu pada 7 April 2022, Khamis lalu.

Program itu dimulakan dengan ucapan Jurutera Daerah Kota Marudu, Asnijah Sibin, kemudian disusuli dengan ucapan daripada Yang diPertua Persatuan Kebajikan Islam JKR Sabah, Mohd Shamsul Nizam.

Tazkirah Ramadhan telah disampaikan oleh Ustaz Salleh Jatil, Pegawai Dakwah Pertubuhan KDMRS Muslim dan penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf, anak yatim dan ibu tunggal dilakukan sebelum menunaikan Solat Terawih.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Cerun, Hafez Shabuddin, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Trafik & Pengangkutan, Sarinah Guriaman, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Perbelanjaan & Bajet, Hj Andy Faizal, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Projek Jalan Luar Bandar, Azri Saflie, Jurutera Bahagian Kota Belud, Ir. Jamilah Tukang, Jurutera Bahagian Kota Kinabalu, Mohd Hardy Laidin dan Jurutera Daerah Tuaran, Farini Awang.