• April 19, 2022
  • 6494

Jelajah Ramadhan JKR Sabah : JKR Keningau

Jelajah Ramadhan JKR Sabah : JKR Keningau

KENINGAU – Pengarah Kerja Raya, Datuk Ir. Hj Ali Ahmad bin Hamid bersama rombongan meneruskan Program Jelajah Ramadhan ke daerah Keningau yang diketuai oleh Jurutera Bahagian, Zulkefli Salip Arjud pada 13 April 2022.

Tazkirah Ramadhan telah disampaikan oleh Ustaz Ridzqan Wirahadi Kusuma bin Usup sebelum penyampaian sumbangan dan diakhiri dengan pengagihan moreh.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Sektor Khidmat Teknikal, Hj Arman Abd Muin, Ahli Jawatankuasa Tinggi Persatuan Kebajikan Islam JKR Sabah, Ketua-Ketua Penolong Pengarah, Jurutera-Jurutera Bahagian dan Jurutera-Jurutera Daerah.