- April 19, 2022
- 6506
Jelajah Ramadhan JKR Sabah : JKR Tawau

TAWAU – Program Jelajah Ramadhan diteruskan ke daerah Tawau yang dianjurkan oleh Jurutera Bahagian, Aishahturizdah Ashgul, pada 14 April 2022 yang lalu.
Selesai ucapan dan perasmian, Ustaz Adam Khaleef Eilyas selaku Pengasas Madrasah Ubudiyyah telah menyampaikan tazkirah khas Ramadhan sebelum berbuka puasa sekaligus menjadi imam solat Maghrib, Isyak & Tarawih pada malam itu.
Penyampaian sumbangan kepada Rumah Anak Yatim Ar-Raudhoh, Rumah Anak Yatim Ar-Rayyan, Rumah Yatim Asnaf dan Madrasah Al-’Ubudiyyah Wal Mas Uliyyah turut dilaksanakan dengan jayanya.
Hadir sama, Ahli Jawatankuasa Tinggi Persatuan Kebajikan Islam JKR Sabah, Ketua-Ketua Penolong Pengarah, Jurutera-Jurutera Bahagian dan Jurutera-Jurutera Daerah.