• April 29, 2022
  • 6596

Jelajah Ramadhan JKR Sabah : JKR Ranau

Jelajah Ramadhan JKR Sabah : JKR Ranau

RANAU – Jurutera Daerah Ranau, Mac Glen Frederick, menyambut baik kunjungan rombongan Program Jelajah Ramadhan yang diketuai oleh Pengarah Kerja Raya sendiri, Datuk Ir. Hj Ali Ahmad bin Hamid ke JKR Ranau, 20 April yang lepas.

Program pada petang tersebut diserikan dengan tazkirah, berbuka puasa, solat berjemaah Maghrib dan Isyak serta penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal di samping dapat mengeratkan silaturrahim antara kakitangan.