• Mei 1, 2022
  • 1530

Program Masak Bubur Lambuk dan Pengagihan Bubur Lambuk

Program Masak Bubur Lambuk dan Pengagihan Bubur Lambuk

KOTA KINABALU – Persatuan Badan Kakitangan Islam JKR Bandaraya telah mengadakan Program Masak Bubur Lambuk dan Pengagihan Bubur Lambuk kepada semua staf JKR Bandaraya pada 28 April, Khamis bersamaan 26 Ramadhan 1443H.

Kakitangan JKR Bandaraya juga berkesempatan mengadakan gotong royong untuk menyediakan bubur lambuk di perkarangan pejabat.

Kemeriahan dapat dirasakan apabila Jurutera Bahagian, Mohd Hardy Laidin, Jurutera (Awam) Brian Jr Dell Junot dan Brenda Takom juga turut serta dalam penyediaan juadah bubur lambuk yang julung-julung kali diadakan di pejabat ini. Pengagihan telah disempurnakan oleh Jurutera Bahagian, Mohd Hardy Laidin sendiri.