• Mei 26, 2022
  • 2436

Majlis Hari Raya Aidilfitri & Pesta Kaamatan KKRS

Majlis Hari Raya Aidilfitri & Pesta Kaamatan KKRS

KOTA KINABALU, 26 Mei 2022 – Majlis Hari Raya Aidilfitri & Pesta Kaamatan Kementerian Kerja Raya Sabah dilangsungkan di Dewan Sri Kinabatangan, Ibu Pejabat, Jabatan Kerja Raya Sabah yang dirasmikan oleh Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah II, Datuk Robert Tawik, hari ini.

Majlis yang diadakan ini berupaya memperkukuh dan memantapkan lagi semangat perpaduan, persaudaraan, persahabatan dan persefahaman dalam kalangan warga kerja Kementerian Kerja Raya Sabah dan jabatan serta agensi di bawahnya seperti Jabatan Kerja Raya Sabah, Jabatan Keretapi Negeri Sabah, Jabatan Air Negeri Sabah, Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah, Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah dan Sabah Electricity Sdn. Bhd.(SESB).

Antara aktiviti yang menarik dalam majlis tersebut ialah persembahan daripada ketua jabatan setiap jabatan/agensi, persembahan dari setiap jabatan/agensi, penilaian terhadap warung jabatan/agensi yang terbaik dan cabutan tiket bertuah.

Untuk warung terbaik dijuarai oleh Jabatan Kerja Raya Sabah, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah di tempat kedua dan Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah di tempat ketiga.