• Julai 6, 2022
  • 4273

Taklimat Pemeriksaan Aset 2022 JKR Beaufort

Taklimat Pemeriksaan Aset 2022 JKR Beaufort

BEAUFORT, 14 JUN – Cawangan Stor yang diwakili oleh Encik Rajin Samli, Encik Yusof Awang, Puan Sarima Mohd Sahit @ Sarimah dan Encik Mohd Khalid Bin Alizid telah mengadakan lawatan ke JKR Beaufort bagi menyampaikan Taklimat Pemeriksaan Aset.

Tujuan taklimat ini diadakan adalah khusus untuk melatih pemeriksa aset yang dilantik di JKR Daerah bagi memantapkan lagi sistem pengurusan aset JKR Sabah.

Pihak Cawangan Stor juga sempat bertemu dengan Jurutera Bahagian Beaufort, Adzizah Akul untuk membincangkan pengurusan aset di JKR Beaufort sebaik sahaja selesai sesi taklimat. Menurut Jurutera Bahagian Beaufort, beliau sangat berbesar hati dalam memberikan komitmen untuk pengurusan aset yang lebih efisien.