• Julai 7, 2022
  • 1755

Majlis Perasmian Bangunan Pusat Wanita Sabah Daerah Beaufort

Majlis Perasmian Bangunan Pusat Wanita Sabah Daerah Beaufort

BEAUFORT, 27 JUN – Yang Berhormat Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat telah merasmikan Bangunan Pusat Wanita Sabah daerah Beaufort.

Dalam ucapan perasmian Yang Berhormat Menteri, beliau meluahkan rasa kesyukuran dan ucapan penghargaan kepada yang terlibat dalam pewujudan bangunan pusat wanita sabah di daerah Beaufort sebagai pusat memasarkan produk dan menjalankan aktiviti perniagaan mereka.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah, Hajah Haslina Ismail, Pegawai Daerah Beaufort, Tuan Nazri bin Ajun, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Projek Bangunan, Andrew Durat Misun dan Jurutera Bahagian Beaufort, Adzizah Akul.

Pembukaan pusat wanita ini diharap dapat menyemarakkan lagi semangat para wanita di luar sana terutamanya di daerah Beaufort, Sipitang dan Kuala Penyu serta Menumbok dan Membakut untuk lebih melibatkan diri dalam pelbagai projek atau program pemerkasaan wanita.