• Julai 7, 2022
  • 1790

Sesi Taklimat Aplikasi Audit

Sesi Taklimat Aplikasi Audit

SEMPORNA, 6 JULAI – Bertepatan dengan aspirasi kerajaan dalam memperkasakan Program Pendigitalan, satu sesi taklimat bagi penggunaan aplikasi audit telah diadakan di JKR Semporna.

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Cawangan Audit Dalam, Piawaian dan Kualiti, Tuan Jumatli Abd Hamid.

Turut hadir mendengar taklimat yang disampaikan ialah Jurutera Daerah JKR Semporna, Penolong-Penolong Jurutera, Ketua-Ketua Unit dan kakitangan.