• Julai 18, 2022
  • 4504

Majlis Sambutan Regatta Lepa 2022

Majlis Sambutan Regatta Lepa 2022

SEMPORNA, 15 – 17 JULAI – Yang di-Pertua Negeri Tun (Dr) Haji Juhar Mahiruddin telah merasmikan Pesta Regatta Lepa Semporna Kali Ke-27 pada 16 Julai, Sabtu lepas.

Hadir sama, Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr) Hajah Norlidah Binti Tan Sri R.M Jasni, Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Dr. Joachim Gunsalam, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Ir. Safar Untong.

Pejabat Daerah Semporna selaku penganjur majlis serta kakitangan JKR Semporna yang turut terlibat dalam membantu persiapan sambutan Regatta Lepa tahun 2022.

Majlis dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti menarik, seperti Pertandingan Ratu Lepa, Perarakan Lepa Cantik & Lepa Tradisi, Pertandingan Pengibaran Sambulayang, Sangom Maglami – Lami, Pameran Regatta Lepa, Acara Sukan Laut, Konsert Regatta Lepa dan Larian Regatta Lepa.