• Ogos 13, 2022
  • 1171

Pemeriksaan Struktur Bangunan Sekolah

Pemeriksaan Struktur Bangunan Sekolah
SEMPORNA, 9-11 OGOS – Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur dari Ibu Pejabat JKR telah melaksanakan pemeriksaan terhadap kerosakan struktur bangunan di lima buah sekolah di daerah Semporna.
Pemeriksaan yang dijalankan selama tiga hari itu telah diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Ir. Zainazah Ahmad Banjar dan disertai oleh Jurutera dan pegawai-pegawai dari cawangan itu. Antara sekolah-sekolah yang terlibat ialah SK Egang-Egang, SK Sisipan, SK Simunul, SK Tanjung Kapor dan SK Pulau Mabul.
Jurutera Daerah Semporna, Mohd Fauzi Zikiri bersama Penolong-Penolong Jurutera, iaitu, Sitti Khalizah, Rozaynah, Adzia, Mohd Fellani dan Khairul Ramzan juga turut serta dalam pemeriksaan tersebut.