• Ogos 20, 2022
  • 5075

Hari Keluarga JKR Kinabatangan

Hari Keluarga JKR Kinabatangan

KINABATANGAN, 6 OGOS – Hari Keluarga JKR Kinabatangan telah diadakan di Kem Hutan Hujan Tawai, Telupid, pada 6 Ogos yang lalu dengan pelbagai aktiviti yang diadakan seperti ‘pot luck’, barbeku, bertukar-tukar hadiah, berenang di kolam air terjun dan karaoke.

Program tersebut bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim di antara kakitangan dan ahli keluarga kakitangan masing-masing yang mempunyai kekangan masa untuk bersua disebabkan sibuk dengan tugasan harian.

Menurut Jurutera Daerah Kinabatangan, Tuan Faizal Abd Rahman, Hari Keluarga ini juga mampu memupuk semangat permuafakatan, kerjasama dan kasih sayang di antara satu sama lain.