• Ogos 30, 2022
  • 754

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Peringkat Daerah

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Peringkat Daerah

SEMPORNA, 26 OGOS – Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) peringkat daerah telah diadakan secara bersama oleh JKR Kinabatangan dan JKR Semporna di daerah Semporna yang dihadiri oleh Ketua-Ketua Unit yang terdiri daripada Penolong Jurutera, Penolong Pembantu Tadbir, Ketua Stor, dan wakil-wakil pekerja pelbagai skim dan gred.

Antara objektif penganjuran mesyuarat itu adalah dapat mengukuhkan jalinan kerjasama dan mengeratkan silaturrahim serta memupuk semangat kerja berpasukan dikalangan warga kerja JKR Daerah yang selaras dengan tema Goal Setting JKR Sabah tahun 2022, iaitu “Kerja Berpasukan dan Komited Ke Arah Kecemerlangan Organisasi”.
Selain itu, melalui mesyuarat ini juga ia mampu menjadi medium terbaik dalam sesi perkongsian ilmu dan maklumat diantara JKR Daerah.