• September 13, 2022
  • 444

Sambutan Malam Ambang Merdeka Malaysia

Sambutan Malam Ambang Merdeka Malaysia

KINABATANGAN, 30 OGOS – JKR Kinabatangan telah mengadakan Acara Sambutan Malam Ambang Merdeka Malaysia yang ke 65 Tahun, yang dihadiri oleh Jurutera Daerah, Tuan Faizal Bin Abdul Rahman disertai kakitangan dan keluarga JKR Kinabatangan dalam pelbagai peringkat umur hadir bagi memeriahkan acara ini.

Antara pengisian program adalah nyanyian lagu kebangsaan Negaraku, Sabah Tanah Airku, laungan merdeka, tayangan dan tontonan filem patriotik, nyanyian karaoke lagu patriotik, memotong kek, makan malam ‘pot luck’ dan barbeku.

Objektif acara ini dilaksanakan adalah untuk memupuk semangat patriotisme, di kalangan kakitangan dan keluarga JKR Kinabatangan, selain menghayati dan menghargai nikmat kemerdekaan.

Warga JKR Kinabatangan mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan Malaysia yang ke- 65, kepada warga JKR Sabah dan seluruh Keluarga Malaysia.