- September 20, 2022
- 2769
Kunjungan Hormat Sabah Builder Association ke JKR Sabah

KOTA KINABALU, 20 SEP – JKR Sabah menerima kunjungan hormat daripada Sabah Builder Association, yang diketuai oleh Presiden Henry Tsen, hari ini.
Kunjungan itu berlangsung di Bilik Mesyuarat Trusmadi yang membincangkan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Sabah Builder Association serta hal-hal lain.
Turut hadir, Pengarah Kerja Raya Sabah, Hj. Kamaludin Ag. Abas, Timbalan Pengarah Sektor Jeraya, Philemon Lajawai serta Ketua-Ketua Penolong Pengarah yang terlibat.