• September 29, 2022
  • 3477

Lawatan Ke Pulau-Pulau Di Semporna

Lawatan Ke Pulau-Pulau Di Semporna

SEMPORNA, 27 OGOS – JKR Kinabatangan telah mengadakan lawatan ke Pulau Bohey Dulang, Pulau Sibuan dan Pulau Mantabuan, Semporna yang disertai oleh seramai 46 kakitangan termasuklah ahli keluarga masing-masing.

Antara aktiviti yang dilakukan adalah mendaki, riadah, snorkel serta menyelam untuk menyaksikan hidupan laut dan terumbu karang yang berwarna-warni.

Objektif program ini diadakan adalah untuk mengeratkan ikatan silaturrahim disamping memupuk semangat permuafakatan, kerjasama dan kasih sayang.

Selain itu, program sihat seperti ini dapat menghilangkan tekanan, serta menghayati keindahan pulau-pulau cantik yang terdapat di daerah Semporna.