• September 29, 2022
  • 1200

Majlis Jasamu Dikenang

Majlis Jasamu Dikenang

SEMPORNA, 29 SEP – JKR Semporna meraikan persaraan serta tanda terima kasih kepada Encik Abdul Malan Tango dan En. Mohd Saffar@Malik yang merupakan mantan kakitangan JKR Daerah Semporna yang telah bersara pada tahun ini.

Turut diraikan bersama-sama dalam majlis itu, lima (5) pelatih Latihan Industri, iaitu Cik Shakilla Binti Rossli, Cik Yuslyn Binti Yusof, Cik Maizyatul Akhma Binti Ab Han,  Encik Mohd Anies Najmuddin dan Cik Nur Aisyah Elbis yang telah berjaya menamatkan latihan industri di JKR Semporna.
Turut hadir semasa majlis ringkas dan sederhana yang berkonsepkan Hi-Tea ini adalah Ketua-Ketua Unit dan seluruh warga kerja JKR Semporna.
Jurutera Daerah Semporna merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kedua-dua pesara di atas khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang dalam perkhidmatan. Begitu juga kepada kelima-lima pelatih latihan industri yang komited dan memberikan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tugas-tugas yang telah diberikan.
Terima kasih diucapkan dan di doakan agar dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan berjaya di dalam mencapai impian dan cita-cita.